Pemilih templat menunjukkan baris kategori merentas bahagian atas yang anda boleh ketik untuk menapis pilihan. Di bawah ialah imej kecil templat yang diprareka bentuk disusun dalam baris mengikut kategori, bermula dengan Terbaru di bahagian atas dan diikuti oleh Asas dan Kewangan Peribadi. Butang Lihat Semua kelihatan di atas dan di sebelah kanan setiap baris kategori. Butang Bahasa dan Rantau berada di penjuru kanan atas.

Mulakan dengan templat

Semua hamparan bermula dengan templat—model yang anda boleh gunakan sebagai titik permulaan. Gantikan carta dan data templat dengan kandungan anda sendiri dan tambah jadual baharu, formula dan banyak lagi.

Cipta hamparan

Hamparan menunjukkan jadual denai yang dilalui dan jarak setiap denai. Menu Tindakan Sel terbuka, menunjukkan pilihan untuk menambah formula, tarikh, komen dan penapis.

Tambahkan data kepada jadual

Masukkan data anda sendiri atau import data daripada fail lain. Anda juga boleh menambah pelbagai formula, seperti jumlah atau purata, kepada sebarang sel. Untuk mengatur data dan mengenal pasti aliran, anda boleh menambah penapis, menghimpunkan data kepada kategori, mencipta jadual pivot dan banyak lagi.

Masukkan teks dan nombor dalam jadual

Carta pai menunjukkan peratus denai dilengkapkan. Menu Format juga terbuka, menunjukkan gaya carta berbeza untuk dipilih, juga pilihan untuk mengedit rujukan siri atau carta, mengaktifkan atau menyahaktifkan tajuk atau petunjuk carta, melaras sudut putaran carta dan menukar jenis carta.

Cipta carta

Ilustrasikan data anda dengan carta 2D, 3D atau interaktif. Apabila anda membuat perubahan kepada data dalam jadual, carta dikemas kini secara automatik.

Tambah carta

Hamparan menjejaki maklumat kembara jalan kaki, menunjukkan nama helaian berhampiran bahagian atas skrin. Butang Tambah Helaian di bahagian kiri, diikuti oleh tab helaian untuk Ketinggian, Jadual Kembara Jalan Kaki, Segmen Denai dan Makanan.

Kekal terurus dengan helaian

Atur hamparan anda dengan helaian berbeza untuk setiap jenis maklumat yang anda mahu jejaki—pendapatan, perbelanjaan dan seterusnya. Kemudian hanya ketik tab di bahagian atas hamparan untuk bertukar kepada hamparan yang anda mahu lihat.

Tambah helaian

Menu kerjasama menunjukkan nama orang yang bekerjasama pada hamparan.

Bekerjasama dalam masa nyata

Jemput orang lain untuk bekerja dengan anda pada hamparan anda. Semua orang yang anda jemput boleh melihat perubahan semasa ia dibuat, tetapi anda mengawal orang yang boleh mengedit atau hanya melihat hamparan.

Pengenalan kepada kerjasama

Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Numbers 14.0 pada iPad anda. (Untuk melihat versi Numbers yang anda miliki, pergi ke Seting  > Numbers.) Untuk meneroka Panduan Pengguna Numbers, ketik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Jika anda memerlukan lebih bantuan, lawati tapak web Sokongan Numbers.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.