Panduan Pengguna Numbers untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Gunakan Apple Pencil dengan Numbers
- Tukar seting privasi dan analitis Numbers
- Hak Cipta

Elakkan pengeditan secara tidak sengaja dalam Numbers pada iPad
Untuk mengelak mengalihkan objek atau membuka papan kekunci secara tidak sengaja semasa anda melihat, skrol dan berinteraksi dengan teks serta objek, anda boleh menggunakan paparan bacaan. Paparan bacaan meminimumkan kawalan hanya kepada perkara yang anda perlu untuk melihat kandungan dan melaksanakan tugas asas. Anda boleh bertukar ke paparan pengeditan dengan cepat untuk membuat perubahan, kemudian bertukar kembali ke paparan bacaan.
Apabila anda menghantar hamparan Numbers kepada seseorang, atau seseorang menghantar hamparan kepada anda, hamparan dibuka pada iPhone dan iPad dalam paparan bacaan. Apabila anda membuka semula hamparan, hamparan dibuka dalam cara anda meninggalkannya—dalam paparan bacaan atau paparan pengeditan.
Jika anda mahu sentiasa membuka hamparan dalam paparan pengeditan, anda boleh menukar seting ini.
Pergi ke app Numbers
pada iPad anda.Buka hamparan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut untuk bertukar antara paparan bacaan dan paparan pengeditan:
Bertukar ke paparan pengeditan: Ketik Edit di bahagian atas skrin.
Tukar ke paparan pengeditan dengan teks dipilih: Ketik Edit dalam menu yang kelihatan.

Tukar ke paparan pengeditan dengan imej atau sel jadual dipilih: Sentuh dan tahan imej atau sel, kemudian ketik Edit dalam menu yang kelihatan.

Tukar daripada paparan pengeditan ke bacaan: Ketik
di bahagian atas skrin, kemudian ketik Paparan Bacaan.Setkan hamparan yang anda terima untuk sentiasa dibuka dalam paparan pengeditan: Ketik
, ketik Seting, kemudian aktifkan Buka dalam Paparan Pengeditan. Jika anda menukar pembentangan ke paparan bacaan kemudian, pembentangan dibuka dalam paparan bacaan pada kali seterusnya anda membukanya.
Dalam paparan bacaan, Menu Tindakan Sel dan papan kekunci Numbers tidak tersedia.