Panduan Pengguna Numbers untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Gunakan Apple Pencil dengan Numbers
- Tukar seting privasi dan analitis Numbers
- Hak Cipta

Kira jumlah, purata dan banyak lagi dengan cepat dalam Numbers pada iPad
Anda boleh membuat pengiraan dalam jadual anda tanpa perlu memasukkan formula atau fungsi.
Buat pengiraan cepat untuk julat sel
Pergi ke app Numbers
pada iPad anda.Dalam hamparan, pilih lajur atau baris (atau julat sel) yang pengiraannya anda mahu lihat.
Ketik
di bahagian bawah skrin, kemudian ketik formula yang anda mahu gunakan.Jika anda memilih keseluruhan lajur atau baris, ketik
atau
, kemudian ketik formula yang anda mahu gunakan.Hasil formula kelihatan di penghujung pilihan anda.
Gunakan Editor Formula seperti kalkulator
Anda boleh memasukkan nilai nombor dalam formula untuk membuat kiraan seperti yang anda lakukan dalam kalkulator.
Pergi ke app Numbers
pada iPad anda.Dalam hamparan, ketik sel kosong di tempat yang anda mahu tambah formula anda, kemudian taipkan tanda sama dengan (=) untuk membuka Editor Formula.
Taipkan persamaan yang anda mahu kira, menggunakan nilai dan operator aritmetik (contohnya +, -, * dan /).
Contohnya, jika anda menaipkan tanda sama dengan (=), kemudian taipkan “1+1” dalam Editor Formula, sel mengembalikan hasil 2. Anda juga boleh menggunakan tanda kurung; jika anda menaipkan 4+6*(3-1), sel mengembalikan hasil 16.