Sambungkan iPhone atau iPad ke komputer anda (dengan macOS Catalina dipasang), kemudian buka Finder.
Selepas seketika, peranti kelihatan dalam bar sisi tetingkap Finder.
Pilih peranti dalam bar sisi, kemudian pilih Fail dalam tetingkap utama di bawah maklumat peranti.
Seret fail hamparan yang anda mahu pindahkan ke folder Numbers.
Hamparan kelihatan di bawah Numbers dalam tetingkap Finder.
Klik Selaraskan, kemudian tunggu untuk penyelarasan selesai.
Ketik app Fail pada skrin Utama, kemudian ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Pada iPad Saya.
Untuk membuka hamparan pada peranti anda, ketik folder Numbers, kemudian ketik imej kecil hamparan.
Numbers boleh membuka hamparan yang disimpan menggunakan beberapa jenis penyulitan fail yang terdapat dalam Microsoft Office ’97 atau yang lebih baharu. Sekiranya anda tidak boleh membuka hamparan Microsoft Excel yang disulitkan, cuba ubah jenis penyulitan atau pilihan penyulitan, kemudian simpan ia sekali lagi sebelum membukanya dalam Numbers.