Panduan Pengguna Numbers untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Gunakan Apple Pencil dengan Numbers
- Tukar seting privasi dan analitis Numbers
- Hak Cipta

Tukar rupa teks jadual dalam Numbers pada iPad
Anda boleh menukar rupa teks untuk keseluruhan jadual atau hanya sel jadual tertentu.
Tukar rupa semua teks jadual
Anda boleh mengesetkan fon dan gaya fon untuk keseluruhan jadual. Anda juga boleh meningkatkan atau mengurangkan saiz fon mengikut perkadaran untuk semua teks dalam jadual. Jika anda menjadikan teks lebih besar atau lebih kecil, semua teks meningkat atau berkurang pada peratusan yang sama.
Pergi ke app Numbers
pada iPad anda.Buka hamparan, kemudian ketik jadual.
Ketik
, ketik Jadual, kemudian ketik Fon Jadual.Jika anda tidak melihat Fon Jadual, leret ke atas dari bawah kawalan.
Ketik nama fon untuk menggunakannya.
Untuk menggunakan gaya aksara yang berbeza (contohnya, tebal atau italik), ketik
bersebelahan nama fon, kemudian ketik gaya aksara.Jika anda tidak nampak gaya aksara tertentu, ia tidak tersedia untuk fon.
Untuk menukar saiz fon, ketik
untuk pergi balik ke kawalan Jadual, kemudian ketik
.Teks disaizkan semula dengan serta merta, untuk anda melihat saiz yang paling tepat.
Tukar rupa teks dalam sel yang dipilih
Anda boleh menukar fon, warna, saiz dan atribut lain bagi teks dalam sel jadual.
Pergi ke app Numbers
pada iPad anda.Buka hamparan, kemudian pilih sel dengan teks yang anda mahu tukar.
Ketik
, ketik Sel, kemudian ketik kawalan untuk pilih gaya fon (tebal, italik, bergaris bawah atau garis potong), saiz, warna, penjajaran dan sebagainya.
Masukkan pemisah baris atau tab dalam sel jadual
Anda boleh memasukkan garis pemisah untuk menaip berbilang perenggan teks dalam sel jadual. Anda juga boleh memasukkan tab.
Pergi ke app Numbers
pada iPad anda.Buka hamparan, kemudian ketik sel.
Ketik
.Ketik sel, kemudian seret kursor antara dua perkataan.
Ketik
, ketik Masukkan, kemudian pilih Tab atau Pemisah Baris.
Untuk mendapatkan maklumat tentang memasukkan pemisah baris atau tab dalam kotak teks atau bentuk, lihat Set hentian tab.