Panduan Pengguna Numbers untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu
- 
        
        - Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Sesuaikan bar alat
- Asas skrin sentuh
- Gunakan Apple Pencil dengan Numbers
 
- Hak Cipta

Gunakan AirDrop untuk memindahkan hamparan Numbers
Dengan AirDrop, anda boleh menghantar hamparan kepada iPhone, iPad, atau Mac berhampiran pada rangkaian Wi-Fi yang sama secara wayarles.
- Aktifkan AirDrop: - Pada Mac: Klik desktop untuk bertukar kepada Finder, kemudian pilih Pergi > AirDrop daripada menu Pergi di bahagian atas skrin. Tetingkap AirDrop terbuka. Jika Bluetooth® atau Wi-Fi dinyahaktifkan, terdapat butang untuk mengaktifkannya. 
- Pada iPhone atau iPad: Buka Pusat Kawalan. Ketik AirDrop, kemudian pilih sama ada untuk menerima item daripada semua orang atau hanya orang dalam app Kenalan anda. 
 
- Pilih hamparan yang anda mahu hantar: - Pada Mac: Jika hamparan terbuka, pilih Kongsi > Hantar Salinan (daripada menu Kongsi di bahagian atas skrin), kemudian pilih AirDrop. Anda juga boleh Control-klik fail hamparan pada komputer anda, kemudian pilih Kongsi > AirDrop. 
- Pada iPhone atau iPad: Buka hamparan, ketik  , kemudian ketik AirDrop. , kemudian ketik AirDrop.
 
- Pilih penerima. 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan AirDrop, lihat artikel Sokongan Apple ini.