![Ikon app Numbers.](https://help.apple.com/assets/5E5D8FCD680CE2D638CAE00B/5E5D8FD6680CE2D638CAE012/ms_MY/f58d4d82cdd8ed45b286fa50b4216639.png)
![Pemilih templat menunjukkan baris kategori merentas bahagian atas yang anda boleh ketik untuk menapis pilihan. Di bawah ialah imej kecil templat yang diprareka bentuk disusun dalam baris mengikut kategori, bermula dengan Terbaru di bahagian atas dan diikuti oleh Asas dan Kewangan Peribadi. Butang Lihat Semua muncul di atas dan di sebelah kanan setiap baris kategori. Butang Bahasa dan Rantau berada di penjuru kanan atas.](https://help.apple.com/assets/5E5D8FCD680CE2D638CAE00B/5E5D8FD6680CE2D638CAE012/ms_MY/ac0fecc77d8dafff7c4c7047829a8e42.png)
Mulakan dengan templat
Semua hamparan bermula dengan templat—model yang anda boleh gunakan sebagai titik permulaan. Gantikan carta dan data templat dengan kandungan anda sendiri dan tambah jadual baru, formula dan banyak lagi.
![Hamparan menunjukkan jadual denai yang dilalui dan jarak setiap denai. Menu Tindakan Sel terbuka, menunjukkan pilihan untuk menambah formula, tarikh, komen dan penapis.](https://help.apple.com/assets/5E5D8FCD680CE2D638CAE00B/5E5D8FD6680CE2D638CAE012/ms_MY/3dd25ad2e64faf4650a7271d262c0368.png)
Tambahkan data kepada jadual
Masukkan data anda sendiri atau import data daripada fail lain. Anda juga boleh memilih daripada pelbagai formula praset, seperti jumlah atau purata, untuk ditambahkan kepada sebarang sel. Untuk memuatkan semua data anda, tambahkan lebih banyak baris dan lajur.
![Carta pai menunjukkan peratus denai dilengkapkan. Menu Format juga terbuka, menunjukkan gaya carta berbeza untuk dipilih, juga pilihan untuk mengedit rujukan siri atau carta, mengaktifkan atau menyahaktifkan tajuk atau petunjuk carta, melaras sudut putaran carta dan menukar jenis carta.](https://help.apple.com/assets/5E5D8FCD680CE2D638CAE00B/5E5D8FD6680CE2D638CAE012/ms_MY/a50b78271f450b05b2b8d2b3adc9dfbd.png)
Cipta carta
Ilustrasikan data anda dengan carta 2D atau interaktif. Apabila anda membuat perubahan kepada data dalam jadual, carta dikemas kini secara automatik.
![Hamparan menjejaki maklumat kembara jalan kaki, menunjukkan nama helaian berhampiran bahagian atas skrin. Butang Tambah Helaian di bahagian kiri, diikuti oleh tab helaian untuk Ketinggian, Jadual Kembara Jalan Kaki, Segmen Denai dan Makanan.](https://help.apple.com/assets/5E5D8FCD680CE2D638CAE00B/5E5D8FD6680CE2D638CAE012/ms_MY/1a7b87d793491bb4fe5521884634f432.png)
Kekal terurus dengan helaian
Atur hamparan anda dengan helaian berbeza untuk setiap jenis maklumat yang anda mahu jejaki—pendapatan, perbelanjaan dan seterusnya. Kemudian hanya ketik tab di bahagian atas hamparan untuk bertukar kepada hamparan yang anda mahu lihat.
![Skrin Tambah Orang menunjukkan gambar hamparan untuk dikongsi. Di bawahnya ialah butang untuk cara menghantar jemputan, termasuk Mail, Salin Pautan dan Lagi. Di bahagian bawah ialah butang Pilihan Perkongsian.](https://help.apple.com/assets/5E5D8FCD680CE2D638CAE00B/5E5D8FD6680CE2D638CAE012/ms_MY/704b761ce57ca6e207b02dc4952f104e.png)
Bekerjasama dalam masa nyata
Jemput orang lain untuk bekerja dengan anda pada hamparan anda. Semua orang yang anda jemput boleh melihat perubahan semasa ia dibuat, tetapi anda mengawal orang yang boleh mengedit atau hanya melihat hamparan.
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Numbers 10.1 pada iPad anda. Untuk melihat versi Numbers pada iPad anda, pergi ke Seting > Numbers. Untuk melayari panduan ini, ketik Senarai Kandungan berdekatan bahagian atas halaman. Anda juga boleh memuat turun panduan daripada Apple Books (jika tersedia).
Jika anda memerlukan lebih bantuan, lawati tapak web Sokongan Numbers.
Panduan Pengguna Numbers untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Gunakan Apple Pencil dengan Numbers
- Gunakan VoiceOver untuk mencipta hamparan
- Hak Cipta