Tukar seting hamparan dikongsi dalam Numbers pada iPad
Jika anda berkongsi hamparan dengan orang lain, anda boleh melihat atau menukar seting akses dan keizinannya pada bila-bila masa.
Tukar akses atau keizinan untuk semua orang
Jika anda pemilik hamparan dikongsi dengan aksesnya disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, atau jika pemilik memberi anda keizinan untuk menjemput orang lain, anda boleh menukar akses atau keizinan untuk semua peserta.
Dalam hamparan dikongsi, ketik dalam bar alat, ketik Urus Hamparan Dikongsi, kemudian ketik Kongsi Pilihan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk menukar orang yang boleh mengakses hamparan, pilih pilihan di bawah Orang yang boleh mengakses:
Hanya orang dijemput: Pautan asal tidak lagi berfungsi untuk sesiapa. Hanya orang yang menerima jemputan daripada anda dan orang yang mendaftar masuk ke Akaun Apple mereka boleh mengakses hamparan.
Sesiapa dengan pautan: Orang yang anda jemput pada asalnya masih boleh membuka hamparan, bersama dengan orang lain yang mempunyai pautan. Mereka tidak perlu mendaftar masuk dengan alamat e-mel atau nombor telefon yang anda gunakan untuk menghantar pautan.
Untuk menukar orang yang boleh membuat perubahan kepada hamparan, pilih pilihan di bawah Keizinan:
Boleh membuat perubahan: Orang lain boleh mengedit hamparan dikongsi.
Lihat sahaja: Orang boleh melihat hamparan dikongsi tetapi tidak boleh mengeditnya. Mereka tidak boleh membalas atau memadamkan komen dalam senarai aktiviti dan apabila mereka menyertai hamparan, tiada pemberitahuan kelihatan.
Untuk menukar orang yang boleh menjemput orang lain untuk berkongsi hamparan, pilih pilihan di bawah Menambah orang:
Sesiapa boleh menambah orang: Semua peserta boleh menjemput orang baharu untuk bekerjasama dalam hamparan.
Hanya anda boleh menambah orang: Hanya pemilik hamparan boleh menjemput peserta.
Ketik Balik, kemudian ketik Selesai.
Tukar akses atau keizinan untuk peserta individu
Jika anda mengesetkan akses hamparan kepada “Hanya orang dijemput”, anda boleh setkan keizinan berbeza untuk setiap individu.
Dalam hamparan dikongsi, ketik dalam bar alat, kemudian ketik Urus Hamparan Dikongsi.
Ketik peserta dan pilih mana-mana daripada berikut:
Boleh membuat perubahan: Peserta ini boleh mengedit hamparan dikongsi.
Lihat sahaja: Peserta ini masih boleh membuka dan membaca hamparan, tetapi mereka tidak lagi boleh mengedit atau memberi komen.
Keluarkan Akses: Hamparan dikeluarkan daripada iCloud Drive peserta dan pautan ke hamparan tidak lagi berfungsi. Sebarang pengeditan yang mereka lakukan pada hamparan akan kekal.
Bagi membenarkan peserta untuk menjemput orang lain ke hamparan atau menukar akses serta keizinan hamparan, aktifkan “Boleh menambah orang”.
Ketik Balik, kemudian ketik Selesai.
Sesiapa sahaja yang membuka hamparan apabila anda mengubah seting mereka menerima isyarat dan jika perubahan anda menyebabkan orang itu hilang akses ke hamparan, ia ditutup serta-merta. Jika tidak, seting baharu memberi kesan apabila mereka menutup isyarat.