![](https://help.apple.com/assets/65A1EC54C6387041B504B41B/65A1EC558C4441D03A098A52/ms_MY/14afc11a08e3fe617b2404ee08a0d0af.png)
![Tetingkap Apple Music menunjukkan skrin Laman Utama.](https://help.apple.com/assets/65A1EC54C6387041B504B41B/65A1EC558C4441D03A098A52/ms_MY/7ec3793888836094f5183284198bd5fb.png)
Dengari semua kegemaran anda
Apple Music mempunyai jutaan lagu—dengari segalanya daripada lagu klasik hinggalah ke keluaran terbaru.
![Tetingkap FaceTime menunjukkan panggilan dengan peserta menggunakan SharePlay untuk mendengar album bersama.](https://help.apple.com/assets/65A1EC54C6387041B504B41B/65A1EC558C4441D03A098A52/ms_MY/8932d43156d03286eee4644127087ab5.png)
Nikmati muzik bersama
Dengan SharePlay, anda dan rakan anda boleh mendengar muzik bersama semasa anda pada panggilan FaceTime. Main balik diselaraskan, oleh itu semua orang boleh menikmati sambungan masa nyata semasa mendengar lagu yang sama.
![Lagu dimainkan pada Mac, iPhone dan Apple Watch, dengan HomePod.](https://help.apple.com/assets/65A1EC54C6387041B504B41B/65A1EC558C4441D03A098A52/ms_MY/55ab19f32ce5639be83d7c492829e922.png)
Akses lagu pada semua peranti anda
Dengan semua lagu anda—dan Apple Music—dalam pustaka anda, mainkan kegemaran anda pada semua peranti anda.
Cara untuk mengakses pustaka muzik anda pada semua peranti anda
![Pemain Skrin Penuh dengan lagu dimainkan dan lirik di sebelah kanan, yang muncul atas skrin pada masa yang sama dengan muzik.](https://help.apple.com/assets/65A1EC54C6387041B504B41B/65A1EC558C4441D03A098A52/ms_MY/7be64a746ae3f0b067bc983698e1c1e3.png)
Ikuti setiap baris
Jangan terlepas sebarang perkataan—lihat lirik untuk lagu dalam Apple Music dan tambah lirik anda sendiri untuk lagu lain.
![Tetingkap Apple Music dengan pustaka album.](https://help.apple.com/assets/65A1EC54C6387041B504B41B/65A1EC558C4441D03A098A52/ms_MY/3c36151145ce546e795614849d7e8152.png)
Bina pustaka anda
Apabila anda mula menggunakan app Apple Music pada Mac anda, anda bermula dengan pustaka yang kosong. Bina koleksi lagu dan album anda dengan pelbagai cara.
Untuk meneroka Panduan Pengguna Apple Music, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati Tapak web Sokongan Muzik.