
Urus pemberitahuan daripada Muzik pada Mac
Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh memilih untuk mendapat pemberitahuan tentang topik seperti keluaran baharu oleh artis kegemaran anda dan aktiviti rakan anda. Anda juga boleh terus menyahaktifkan pemberitahuan.
Urus pemberitahuan dalam Apple Music
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kiri bawah tetingkap, kemudian klik Pemberitahuan.
Pilih kemas kini yang anda mahu diberitahu, kemudian klik Selesai.
Tukar atau nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Muzik
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Pemberitahuan
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Pemberitahuan app di sebelah kanan, klik Muzik, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan atau tempat untuk menunjukkannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik
di penjuru kanan bawah.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Muzik: Nyahaktifkan Benarkan Pemberitahuan.
Nota: Untuk melihat pemberitahuan daripada Muzik apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.