
Tukar seting Fail dalam Muzik pada Mac
Dalam app Muzik pada Mac anda, gunakan seting Fail untuk mengesetkan dan menyusun folder Media anda.
Untuk menukar seting ini, pilih Muzik > Seting, kemudian klik Fail.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lokasi Media | Pilih Lokasi Media, tempat lagu dan fail lain yang anda import ke dalam Muzik berada.
| ||||||||||
Pastikan folder Media tersusun | Alihkan muzik yang diimport secara automatik ke dalam folder untuk album dan artis. | ||||||||||
Salin fail ke folder Media apabila menambah pada pustaka | Salin item ke folder Media semasa anda menyeret item ke tetingkap Muzik. Lihat Tambah fail ke pustaka anda tetapi tidak pada folder Muzik anda. | ||||||||||
Seting Import | Tukar format fail dan seting lain untuk lagu yang anda import daripada CD. Lihat Tukar seting Import. |