Cipta profil Apple Music pada Mac
Selepas anda menyertai Apple Music, anda perlu mencipta profil dan menambah rakan sebelum anda boleh berkongsi muzik.
Cipta profil anda
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik Untukmu dalam bar sisi di sebelah kiri.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di bahagian penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Mulakan.
Jika anda mahu berkongsi muzik dengan rakan, pastikan untuk memilih People You Approve dalam kawasan “Choose who can follow you”.
Anda boleh menjemput rakan untuk mengikuti anda selepas anda selesai menyediakan profil anda.
Tambah atau keluarkan rakan
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik Untukmu dalam bar sisi di sebelah kiri.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di bahagian penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Cari Lebih Ramai Rakan di bahagian bawah profil anda.
Klik Ikuti atau Jemput untuk berhubung dengan rakan.
Untuk menentukan orang yang muncul dalam senarai ini, pilih Akaun > Seting Cari Rakan. Anda boleh memilih untuk melihat kenalan anda dan orang daripada akaun dipautkan (seperti Facebook).
Klik Tutup.
Secara alternatif, anda boleh memasukkan nama rakan dalam medan carian, pilih hasil, kemudian klik Ikuti. Jika anda tidak dapat mencari seseorang, pastikan mereka mencipta profil. Jika profil rakan diperibadikan, mereka perlu meluluskan permintaan anda.
Untuk berhenti mengikuti seseorang, klik butang Akaun Saya, klik profil rakan tersebut, kemudian klik Mengikuti.
Terima atau tolak permintaan
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik Untukmu dalam bar sisi di sebelah kiri.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di bahagian penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Lihat Permintaan.
Anda menerima permintaan hanya jika anda memilih People You Approve dalam profil anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Terima permintaan: Klik butang Terima Permintaan untuk membenarkan orang mengikuti anda.
Tolak permintaan: Klik butang Tolak Permintaan jika anda tidak mahu orang tersebut mengikuti anda.
Keluarkan profil anda
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik Untukmu dalam bar sisi di sebelah kiri.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di bahagian penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Edit.
Klik Padam Profil, kemudian klik Padam Profil lagi untuk sahkan.
Selepas anda memadamkan profil anda, profil dan senarai main anda tidak lagi muncul dalam carian dan pengikut anda tidak lagi melihat anda atau muzik anda dalam profil mereka. Jika anda mencipta profil anda lagi dalam masa 90 hari, maklumat dan pengikut sebelumnya anda akan dipulihkan.