Laraskan kelantangan dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh menukar kelantangan untuk semua lagu atau lagu individu, atau setkan lagu untuk bermain pada kelantangan yang sama. Di samping mendengar speaker terbina dalam komputer, anda boleh mendengar audio dalam app Apple Music menerusi speaker lain seperti speaker HomePod atau Bluetooth®.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, mainkan muzik daripada pustaka anda, strim muzik daripada Apple Music atau mainkan radio Apple Music.
Untuk mengawal kelantangan, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar kelantangan untuk semua lagu (seperti memusing tombol kelantangan pada stereo): Pilih butang Speaker di bahagian atas tetingkap Apple Music, kemudian gunakan gelangsar kelantangan.
Kelantangan maksimum dihadkan oleh seting kelantangan komputer anda.
Laraskan kelantangan bagi lagu atau muzik video tertentu: Pilih butang Lagi untuk lagu, pilih Sifat, pilih Pilihan, kemudian seret gelangsar kelantangan.
Setkan semua lagu dan video muzik untuk sentiasa bermain pada kelantangan yang sama: Pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, pilih Main Balik, kemudian aktifkan “Periksa bunyi”.
Untuk menggunakan speaker selain daripada yang terbina dalam, pilih butang AirPlay , kemudian pilih kotak semak bersebelahan speaker. Speaker jenis ini adalah disokong:
Peranti didayakan AirPlay atau AirPlay 2, termasuk HomePod mini, atau speaker rangkaian (sebagai contoh, Apple TV dimainkan melalui speaker TV). Lihat Tapak web Sokongan HomePod.
Peranti Bluetooth, termasuk fon kepala wayarles seperti AirPods. Lihat Tapak web Sokongan AirPods.