Tambahkan muzik untuk membina pustaka Apple Music anda pada Windows
Semasa anda bermula menggunakan app Apple Music pada komputer Windows, anda boleh membina pustaka muzik anda—koleksi lagu dan album anda—dengan banyak cara.
Langgan Apple Music
Apabila anda melanggan Apple Music, anda boleh mula mendengar berjuta-juta lagu daripada katalog Apple Music dengan segera. Untuk mengakses pustaka muzik pada semua peranti anda, aktifkan “Selaraskan pustaka”. Kemudian, tambah dan muat turun lagu tanpa had supaya anda boleh memainkan lagu kegemaran anda pada bila-bila masa, walaupun semasa anda di luar talian.
Beli muzik daripada iTunes Store
Jika anda tidak melanggan Apple Music dan anda mahu menambah lagu atau album kegemaran, anda boleh membeli dan memuat turun muzik daripada iTunes Store. Jika anda telah membeli item daripada iTunes Store sebelum ini anda boleh memuat turun item ke komputer dan peranti dibenarkan anda (sehingga 10 keseluruhan).
Pindahkan muzik daripada iPhone, iPad atau iPod anda
Gunakan app Peranti untuk menyelaraskan peranti Windows anda dan iPhone, iPad, atau iPod untuk memindahkan atau mengemas kini muzik antara komputer Windows anda dan peranti anda.
Import muzik daripada sumber lain
Anda boleh mengimport muzik daripada sumber lain, termasuk komputer anda (untuk sebarang rakaman peribadi) dan daripada internet (apabila tapak web membenarkan anda untuk memuat turun fail audio).
Selepas anda menambah muzik pada pustaka, anda boleh mendengarnya, menyusunnya dalam senarai main, menambahnya pada peranti mudah alih dan banyak lagi.