Kongsi muzik dengan rakan pada Windows
Selepas anda mencipta profil Apple Music, anda boleh berkongsi muzik dengan rakan anda. Anda boleh mengizinkan sesiapa sahaja mengikuti anda atau hanya mereka yang anda pilih dan menyekat orang lain.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pilih muzik untuk dikongsi dengan pengikut anda
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Lihat Profil.
Pilih Edit, kemudian di bawah Senarai Main Dikongsi, pilih kotak semak senarai main.
Tanda semak bermakna senarai main muncul dalam profil pengikut anda seperti yang dikongsi oleh anda.
Petua: Anda juga boleh berkongsi senarai main dengan memilih senarai main dalam bar sisi di bawah Senarai Main, kemudian memilih “Terbitkan pada profil dan carian” di atas senarai lagu dalam senarai main.
Pilih Simpan.
Sembunyikan muzik daripada pengikut anda
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Lihat Profil.
Pilih Edit, kemudian nyahaktifkan Mendengar.
Pilih Simpan.
Nota: Jika anda menyembunyikan muzik, ia mungkin mengambil masa beberapa minit sebelum muzik tidak lagi kelihatan kepada pengikut anda.
Pilih orang yang anda kongsikan muzik
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Lihat Profil.
Pilih Edit, kemudian di bawah Pilih Orang Yang Boleh Mengikut Aktiviti Anda, pilih untuk berkongsi hanya dengan Orang Anda Luluskan atau Semua Orang. (Semua orang termasuk pelanggan Apple Music yang mempunyai profil.)
Untuk seting privasi tambahan, lihat Sembunyikan muzik daripada pengikut anda.
Pilih Simpan.
Terima atau tolak permintaan
Jika seseorang meminta untuk mengikuti anda, anda boleh menerima atau menolak permintaan. Anda menerima permintaan hanya jika anda memilih Orang Anda Luluskan dalam profil anda. Lihat Pilih orang yang anda kongsikan muzik.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Lihat Profil.
Pilih Lihat Permintaan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Terima permintaan: Pilih butang Terima Permintaan untuk membenarkan orang mengikuti anda.
Tolak permintaan: Pilih butang Tolak Permintaan jika anda tidak mahu orang tersebut mengikuti anda.
Halang pengguna daripada mengikuti anda
Anda boleh menyekat seseorang yang anda ikuti atau seseorang yang mengikuti anda supaya muzik atau profil anda tidak kelihatan kepada mereka dalam Apple Music.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Lihat Profil.
Di bawah Mengikuti atau Pengikut, pilih gambar profil orang untuk pergi ke profil mereka.
Di sebelah kanan profil mereka, pilih butang Lagi , kemudian pilih Sekat.