Hadkan akses ke item dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh mengehadkan akses kepada lagu dan video eksplisit dalam Apple Music.
Hadkan akses ke kandungan berkaitan muzik
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Pengehadan.
Pilih anak panah bawah bersebelahan Pengehadan Kandungan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Halang pengguna daripada mengakses lagu eksplisit: Nyahpilih kotak semak Benarkan Muzik Eksplisit (jika dipilih).
Halang pengguna daripada mengakses video muzik eksplisit: Nyahpilih kotak semak Benarkan Video Muzik (jika dipilih).
Untuk menghalang perubahan yang tidak dimahukan pada pengehadan, pilih butang Kunci .
Lagi tentang label nasihat ibu bapa
Nasihat untuk iTunes Store: Yang berikut diperoleh daripada tapak web Recording Industry Association of America. Nasihat Ibu Bapa ialah notis kepada pengguna bahawa rakaman yang dikenal pasti dengan logo ini mungkin mengandungi bahasa kesat atau menggambarkan keganasan, seks atau penyalahgunaan dadah. Budi bicara ibu bapa dinasihati.
Penggunaan Label Nasihat Ibu Bapa bukan penentu sama ada rakaman ialah atau tidak sesuai untuk pendengar tertentu. Sebaliknya, label yang tidak dapat dikeluarkan ini ialah “nasihat awal” kepada ibu bapa (dan pengguna, penjual dan pemborong) bahawa budi bicara ibu bapa dinasihati apabila membeli rakaman tertentu kepada kanak-kanak atau apabila mendengar rakaman di rumah.
Isu berikut mungkin telah dipertimbangkan semasa membuat keputusan berkenaan dengan penggunaan label.
Sama ada, dilihat dari segi moral dan standard budaya kontemporari dan pilihan serta pandangan ibu bapa individu, rakaman mungkin sesuatu yang ibu bapa tidak mahu didengari oleh anak mereka.
Konteks sememangnya penting: Sesetengah perkataan, frasa, bunyi atau perihal mungkin menjelikkan kepada ibu bapa jika diserlahkan atau ditekankan, tetapi mungkin tidak mengganggu jika hanya sebahagian daripada latar belakang atau bukan bahagian lirik yang bermakna.
Konteks artis yang mempersembahkan bahan dan juga harapan daripada khalayak artis, juga adalah penting. Selain daripada kata-kata lucah, “menggambarkan keganasan, seks atau penyalahgunaan dadah” mesti dipertimbangkan semasa membuat keputusan mengenai penggunaan Label Nasihat Ibu Bapa.
Lirik sering kali terdedah kepada interpretasi yang berbeza-beza. Perkataan boleh mempunyai makna berlainan. Juga, perkataan tidak boleh dilihat secara berasingan daripada muzik yang mengiringinya. Lirik apabila diiringi oleh muzik yang kuat dan terjerit-jerit boleh dianggap berbeza daripada lirik yang sama diiringi oleh muzik yang lembut dan menenangkan.
Pelabelan bukanlah sains; ia memerlukan kesensitifan dan akal budi. Konteks, kekerapan dan penekanan pastinya adalah penting; rujukan yang terasing atau tidak difahami kepada bahan tertentu mungkin tidak mencukupi untuk mewarankan penggunaan label.
Garis panduan ini ialah berkenaan dengan kes trek tunggal yang dilancarkan secara komersial dan juga kepada album penuh (sama ada dikeluarkan dalam bentuk CD, kaset atau sebarang konfigurasi lain) dan video muzik.