Kongsi lagu daripada Apple Music dengan orang lain pada Windows
Anda boleh berkongsi pelbagai item Apple Music—termasuk lagu, album, stesen radio dan senarai main—menerusi e-mel, atau dengan menyalin pautan atau kod HTML, yang akan membuka item dalam Apple Music di web.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, cari lagu, album, atau senarai main dalam pustaka anda atau item (seperti stesen radio) dalam Apple Music.
Pilih butang Lagi bersebelahan item.
Pilih Kongsi, kemudian pilih salah satu daripada pilihan perkongsian:
Salin Pautan: Menyalin pautan ke Papan Klip. Apabila anda memilih pautan, muzik dibuka dalam Apple Music di web.
Kongsi dalam E-mel: Menyalin pautan ke e-mel yang anda boleh hantar.
Salin Kod Benam: Menyalin kod HTML ke Papan Klip. Anda boleh menampal kod ini ke dalam halaman web, contohnya dan apabila anda memilih pautan, muzik dibuka dalam Apple Music pada web.
Bukan semua pilihan yang diterangkan di atas kelihatan untuk semua item.