Setkan atau tukar kawalan ibu bapa dalam Apple Music di web
Anda boleh menyekat akses kepada kandungan eksplisit dalam Apple Music menggunakan seting Kawalan Ibu Bapa.
Setkan sekatan kandungan
- Pergi ke music.apple.com/my - . 
- Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas, kemudian pilih Seting. - Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda. 
- Di bawah Kawalan Ibu Bapa, klik suis untuk mengaktifkan Sekatan Kandungan. 
- Masukkan kod laluan empat digit untuk menghalang perubahan kepada sekatan yang anda setkan, kemudian klik Teruskan. - Anda perlu memasukkan semula kod laluan untuk mengesahkannya. 
- Masukkan alamat e-mel pemulihan yang boleh digunakan jika anda terlupa kod laluan, kemudian klik Teruskan. 
- Klik menu timbul untuk memilih penilaian yang dibenarkan bagi muzik, rancangan TV dan filem. 
Tukar sekatan kandungan
- Pergi ke music.apple.com/my - . 
- Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas, kemudian pilih Seting. - Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda. 
- Di bawah Kawalan Ibu Bapa, masukkan kod laluan empat digit anda. - Jika anda tidak mengingati kod laluan anda, klik Terlupa Kod Laluan, kemudian semak alamat e-mel pemulihan untuk arahan bagi mereset kod laluan. 
- Untuk membuat perubahan pada bahagian Kawalan Ibu Bapa, lakukan mana-mana daripada berikut: - Tukar sekatan kandungan: Klik menu timbul untuk memilih penilaian yang dibenarkan bagi muzik, rancangan TV dan filem. 
- Tukar e-mel pemulihan: Klik Edit, masukkan alamat e-mel baharu, kemudian klik Teruskan. 
- Tukar kod laluan: Klik Tukar Kod Laluan, masukkan kod laluan semasa, masukkan kod laluan baharu, kemudian klik Teruskan. - Anda perlu memasukkan semula kod laluan baharu untuk mengesahkannya. 
- Nyahaktifkan sekatan kandungan: Klik suis untuk menyahaktifkan sekatan.