
Langgan Apple Music di web
Apple Music ialah perkhidmatan muzik penstriman bebas iklan yang membolehkan anda memainkan berjuta-juta lagu daripada katalog Apple Music di samping pustaka muzik anda. Sebagai pelanggan, anda boleh menstrim lagu lossless, mendapatkan pengesyoran diperibadikan, menonton kandungan video eksklusif, mencipta senarai main anda sendiri dan banyak lagi.
Anda boleh melanggan Apple Music atau Apple One, yang menyertakan Apple Music dan perkhidmatan Apple lain. Lihat artikel Sokongan Apple Gabungkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Apple Music dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple Music
Pergi ke music.apple.com/my
.
Klik
di penjuru kanan atas, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda.
Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple, anda boleh menciptanya semasa persediaan.
Klik Laman Utama, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk melanggan Apple Music atau mengetahui lebih lanjut tentang pelan pelajar.
Untuk melanggan pelan Apple One, lihat artikel Sokongan Apple Gabungkan langganan Apple dengan Apple One.
Perihal langganan Apple Music anda
Selepas anda menjadi pelanggan Apple Music, anda boleh melakukan yang berikut:
Mainkan muzik bersama-sama menggunakan SharePlay atau menggunakan SharePlay dan CarPlay
Tambah lagu, album dan senarai main ke pustaka muzik anda
Gunakan Main Auto untuk menambah lagu yang serupa ke penghujung baris gilir secara automatik
Walaupun jika anda tidak melanggan Apple Music, anda boleh mencari muzik dan mendengar atau menonton pratonton muzik serta video. Jika anda menggunakan Safari, Chrome, atau Firefox, anda juga boleh mendengar stesen radio Apple Music secara percuma. (Anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.)
Batalkan atau tukar langganan Apple Music anda
Pergi ke music.apple.com/my
.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas, kemudian pilih Seting.
Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
Dalam Langganan, klik Uruskan, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Batal: Klik Batalkan Langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Tukar: Klik Lihat Semua Pelan, pilih pelan lain, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Untuk membatalkan atau menukar pelan Apple One anda, lihat artikel Sokongan Apple Gabungkan langganan Apple dengan Apple One.
Kongsi Apple Music
Apabila anda melanggan Apple Music atau Apple One dengan langganan keluarga, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi Apple Music dengan sehingga lima orang ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga anda tidak perlu melakukan apa-apa—Apple Music tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka music.apple.com/my selepas langganan keluarga anda bermula.
Nota: Untuk menggunakan Perkongsian Keluarga, anda memerlukan Akaun Apple dan anda mesti adalah sebahagian daripada kumpulan keluarga, sama ada sebagai pengelola atau ahli keluarga dijemput. Untuk berkongsi Apple Music menerusi Perkongsian Keluarga, seseorang dalam kumpulan mesti mempunyai langganan keluarga—dan bukannya langganan individu—ke Apple Music atau Apple One.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple Music atau Apple One dengan langganan keluarga dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan dan anda mempunyai langganan keluarga, kumpulan tersebut menggunakan langganan anda. Jika anda atau kumpulan keluarga tidak mempunyai langganan keluarga, anda boleh menaik taraf akaun anda.
Nota: Untuk berhenti berkongsi Apple Music dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan anda, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.
Lihat artikel Sokongan Apple Apakah Perkongsian Keluarga? atau lawati tapak web Perkongsian Keluarga.