
Cipta dan uruskan senarai main dalam Apple Music di web
Anda boleh mencipta senarai main untuk sesuai dengan perasaan tertentu dan untuk menyusun lagu dengan tema tertentu.
Senarai main yang anda cipta mempunyai ikon Senarai Main bersebelahannya.
Tambah lagu ke senarai main baharu atau sedia ada
Di music.apple.com/my
, klik Dengar, Layari, atau sebarang pilihan di bawah Pustaka dalam bar sisi untuk melihat lagu yang anda mahu tambahkan kepada senarai main anda.
Alihkan penuding di atas lagu, klik butang Lagi
, pilih Tambah ke Senarai Main, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tambah lagu ke senarai main baharu: Pilih Senarai Main Baharu, edit nama senarai main, kemudian tekan Return.
Tambah lagu ke senarai main sedia ada: Pilih senarai main.
Anda juga boleh menambah lagu ke senarai main sedia ada dengan menyeretnya ke senarai main dalam bar sisi.
Namakan semula senarai main
Di music.apple.com/my
, pilih senarai main dalam bar sisi.
Pilih nama senarai main di bahagian atas tetingkap, kemudian masukkan nama baharu.
Padam senarai main
Di music.apple.com/my
, pilih senarai main dalam bar sisi.
Klik butang Lagi
di bahagian atas tetingkap, kemudian pilih Padam daripada Pustaka.
Jika anda mempunyai app Muzik atau iTunes pada komputer atau peranti, anda boleh melakukan banyak lagi dengan senarai main, seperti mencipta Senarai Main Pintar yang dikemas kini secara automatik berdasarkan kriteria yang anda pilih, atau Senarai Main Genius yang termasuk muzik dalam pustaka anda yang serupa dengan lagu yang dipilih. Untuk membuka app secara terus daripada Apple Music di web, hanya klik pautan di penjuru kiri bawah.