
Sesuaikan bar sisi dalam Apple Music pada web
Anda boleh menyesuaikan bahagian Pustaka pada bar sisi. Sebagai contoh, jika anda menambahkan Dibuat untuk Anda, anda boleh melihat dengan cepat senarai main dalam pustaka anda berdasarkan profil dan sejarah pendengaran anda, seperti Replay atau campuran New Music.
Di music.apple.com/my
, gerakkan penuding di atas Pustaka dalam bar sisi, kemudian pilih Edit.
Pilih item yang anda mahu dipaparkan dalam bar sisi; nyahpilih item yang anda tidak mahu dipaparkan.
Klik Selesai.
Lihat jugaCari muzik dalam Apple Music di web