
Rombak atau ulang lagu dalam Apple Music di web
Anda boleh merombak semua lagu dan album dalam pustaka anda (mainkannya dalam susunan rawak) atau hanya rombak senarai main atau album. Anda juga boleh mengulang lagu individu, senarai main, atau album.

Pergi ke music.apple.com/my
.
Mainkan muzik daripada pustaka anda atau strim muzik daripada Apple Music.
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan rombak atau ulang.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan rombak: Klik
.
Apabila rombak aktif, butang bertukar warna dan lagu bermain dalam tertib rawak.
Ulangi semua lagu dalam paparan semasa (contohnya, senarai main): Klik
. Ulang aktif apabila butang bertukar warna.
Ulangi lagu yang sedang dimainkan: Klik
sehingga nombor 1 kelihatan
.
Nyahaktifkan ulang: Klik
sehingga butang bertukar warna.
Petua: Untuk merombak lagu dalam album atau senarai main dengan cepat, pilih album atau senarai main, kemudian klik Rombak .
Jika anda mempunyai app Muzik atau iTunes pada komputer atau peranti, anda boleh membuka app secara terus daripada Apple Music di web—hanya klik pautan di penjuru kiri bawah.