Isih lagu dalam Apple Music di web
Anda boleh mengisih lagu dalam pustaka muzik anda untuk memainkannya dalam tertib khusus.
Di music.apple.com/my , klik Artis, Album atau Lagu di bawah Pustaka dalam bar sisi.
Klik menu timbul Isih di penjuru kanan atas, kemudian pilih tertib isihan (contohnya, Terbaru Ditambah dan Menaik).
Klik butang Main dan lagu mula bermain dalam tertib yang anda pilih.
Senarai main merupakan cara lain untuk memainkan muzik dalam tertib khusus. Lihat Cipta, edit dan padam senarai main.