
Simpan tempat dalam Peta pada Mac
Anda boleh menyimpan tempat—seperti tempat baharu yang anda mahu cuba untuk makan tengah hari—supaya anda boleh merujuknya kemudian dengan mudah. Anda juga boleh menambahkan nota, kelihatan hanya kepada anda, ke tempat disimpan.
Simpan tempat
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Klik lokasi yang anda mahu simpan pada peta, kemudian klik
berdekatan bahagian bawah kad tempat.
Petua: Untuk menamakan semula tempat, skrol ke bawah dalam kad tempat, klik Pin, kemudian namakannya semula.
Untuk melihat tempat disimpan anda, klik Tempat Disimpan dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik .
Untuk melawat semula atau berkongsi lokasi yang anda pernah pergi dengan mudah, daftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada iPhone dan Mac anda, kemudian klik Tempat Dilawati. (Tidak tersedia di semua negara dan rantau.) Semak Lihat dan urus Tempat Dilawati dalam Panduan Pengguna iPhone. Tempat Dilawati disulitkan secara hujung ke hujung dan tidak boleh dibaca oleh Apple. Lihat Tapak web Peta Apple & Privasi.
Tambahkan nota tentang tempat
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Klik tempat pada peta, dalam bar sisi, atau dalam Tempat Disimpan anda.
Berdekatan bahagian bawah kad tempat, klik
, kemudian klik Tambah Nota.
Tulis sesuatu, kemudian klik Selesai.
Jika belum disimpan, menambah nota menambahkan lokasi ke Tempat Disimpan.
Kongsi tempat
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Klik Tempat Disimpan dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik
.
Control-klik tempat yang anda mahu kongsi, pilih Kongsi, kemudian pilih cara anda mahu berkongsi.
Nota: Nota anda tidak kelihatan pada orang lain apabila anda berkongsi tempat.
Keluarkan tempat disimpan
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Klik Tempat Disimpan dalam bar sisi.
Klik
di sebelah tempat yang anda mahu padamkan, kemudian pilih Padam daripada Tempat.