
Nilaikan tempat dan tambahkan foto dalam Peta pada Mac
Anda boleh menilai tempat yang anda lawati dan berkongsi foto untuk membantu orang lain.
Nota: Ciri Penilaian Apple dan Foto tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Sediakan penilaian dan foto
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Klik lokasi pada peta.
Dalam kad tempat, klik
di bahagian bawah kad, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Sediakan penilaian: Klik
atau
untuk kategori yang tersedia.
Hantar foto: Klik Tambah Foto, pilih foto yang anda mahu tambah, kemudian klik Tambah.
Nota: Jika butang Nilai tidak tersedia, anda tidak boleh menilai lokasi tersebut atau menambah foto.
Klik Selesai.
Untuk memuat naik foto anda kepada Apple, anda mesti mempunyai Akaun Apple.
Penilaian dan foto anda kelihatan pada semua peranti yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Edit penilaian anda
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Klik ikon anda di bahagian kanan atas peta.
Klik Penilaian & Foto.
Klik lokasi dalam kad Penilaian dan Foto.
Klik
, kemudian buat perubahan anda.
Klik Selesai, kemudian klik Selesai lagi.
Edit foto anda
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Klik ikon anda di bahagian kanan atas peta.
Klik Penilaian & Foto, kemudian klik lokasi dengan foto yang anda mahu edit.
Klik Foto Anda, klik foto yang anda mahu edit, kemudian klik
.
Klik satu daripada berikut:
Padam Foto Anda
Tukar Kredit Foto
Berhenti menerima cadangan untuk menghantar penilaian dan foto
Jika baru-baru ini anda melawat atau mengambil foto tempat tarikan, cadangan untuk menghantar penilaian atau foto mungkin kelihatan. Cadangan diproses pada peranti dan tidak boleh dibaca oleh Apple. Untuk berhenti menerima cadangan ini:
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Pilih Peta > Seting.
Klik Penilaian & Foto.
Nyahpilih Tunjukkan Penilaian dan Cadangan Foto.