
Setkan alamat rumah, kerja atau sekolah anda dalam Peta pada Mac
Anda boleh memperibadikan peta anda dengan mengesetkan alamat rumah, kerja dan sekolah anda, memudahkan anda untuk mendapatkan arah ke atau dari lokasi tersebut.
Anda boleh mengesetkan alamat rumah atau kerja yang berbeza daripada alamat rumah atau kerja pada kad kenalan anda dalam app Kenalan.
Nota: Lokasi dipinkan disulitkan secara hujung ke hujung dan tidak boleh dibaca oleh Apple.
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tandakan tempat pada peta: Control-klik lokasi rumah, kerja atau sekolah anda, kemudian pilih Tandakan Lokasi.
Petua: Jika tempat mempunyai nama dalam peta—contohnya, “Apple Park”, klik label.
Cari tempat: Cari nama atau alamat lokasi yang anda mahu tambah, kemudian pilih hasil.
Skrol ke bawah ke kad tempat, kemudian klik Pin.
Dalam bar sisi, klik Dipinkan, kemudian klik
di sebelah pin yang anda mahu tetapkan pada alamat rumah, kerja atau sekolah anda.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik
.
Di bawah Jenis, pilih “Rumah saya”, “Kerja saya”, atau “Sekolah saya”.
Untuk menambah alamat ini ke app Kenalan, pilih Tambah ke Kad Kenalan.
Selepas anda mengesetkan pin, anda juga boleh melaraskan lokasi atau mengeluarkan lokasi.
Nota: Jika anda menukar alamat rumah, kerja atau sekolah anda selepas anda menambahnya ke kad kenalan, anda mungkin perlu mengemas kini alamat anda dalam Kenalan. Lihat Sediakan Kad Saya anda.