Sediakan Peta pada Mac
Anda boleh mengesetkan alamat rumah, kerja dan sekolah anda untuk mendapatkan arah dengan lebih mudah. Anda juga boleh menunjukkan lokasi semasa dan mengesetkan mod perjalanan pilihan anda.
Nota: Lokasi dipinkan disulitkan secara hujung ke hujung dan tidak boleh dibaca oleh Apple.
Setkan alamat rumah, kerja atau sekolah anda
Anda boleh memperibadikan peta anda dengan mengesetkan alamat rumah, kerja dan sekolah anda, memudahkan anda untuk mendapatkan arah ke atau dari lokasi tersebut. Anda boleh mengesetkan alamat rumah atau kerja yang berbeza daripada alamat rumah atau kerja pada kad kenalan anda dalam app Kenalan.
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tandakan tempat pada peta: Control-klik lokasi rumah, kerja atau sekolah anda, kemudian pilih Tandakan Lokasi.
Petua: Jika tempat dinamakan pada peta—contohnya, “Apple Park”—klik label.
Cari tempat: Cari nama atau alamat lokasi yang anda mahu tambah, kemudian pilih hasil.
Skrol ke bawah ke kad tempat, kemudian klik Pin.
Dalam bar sisi, klik Dipinkan, kemudian klik
di sebelah pin yang anda mahu tetapkan pada alamat rumah, kerja atau sekolah anda.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik
.
Di bawah Jenis, pilih “Rumah saya”, “Kerja saya”, atau “Sekolah saya”.
Untuk menambah alamat ini ke app Kenalan, pilih Tambah ke Kad Kenalan.
Selepas anda mengesetkan pin, anda juga boleh melaraskan lokasi atau mengeluarkan lokasi.
Nota: Jika anda menukar alamat rumah, kerja atau sekolah anda selepas anda menambahnya ke kad kenalan, anda mungkin perlu mengemas kini alamat anda dalam Kenalan. Lihat Sediakan Kad Saya anda.
Tunjukkan lokasi semasa anda secara automatik
Apabila anda mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi, app Peta boleh menggunakan lokasi anda untuk membantu anda mencari arah dari tempat anda ke tempat yang anda mahu pergi dan ia menunjukkan perniagaan, restoran dan tempat menarik lain yang berdekatan.
Buka seting Privasi Keselamatan untuk saya
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Privasi & Keselamatan
dalam bar sisi, kemudian klik Perkhidmatan Lokasi.
Aktifkan Perkhidmatan Lokasi, kemudian aktifkan Peta.
Untuk melihat lokasi anda, klik berdekaran bahagian kanan atas peta. Titik kelihatan pada peta untuk menunjukkan tempat anda berada.
Setkan jenis perjalanan pilihan anda
Anda boleh mengesetkan memandu, berjalan, transit awam atau berbasikal sebagai jenis perjalanan pilihan anda untuk arah.
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Pilih Peta > Seting, kemudian klik Perancang Laluan.
Pilih keutamaan anda.
Tentukan perkara yang anda mahu elakkan (tol, lebuh raya, jalan sibuk, tangga atau bukit) atau untuk transit, sistem yang anda mahu gunakan (bas, rel atau feri).
Petua: Seting ini menentukan masa anda akan diingatkan untuk meninggalkan peristiwa yang anda tambah ke Kalendar. Jika anda merancang untuk menggunakan jenis perjalanan yang berbeza daripada keutamaan yang anda setkan, tukar seting ini dalam Peta, kemudian resetnya mengikut keutamaan anda selepas anda menambahkan peristiwa ke Kalendar. Lihat Tambah, ubah suai, atau padam peristiwa dalam Kalendar.