Tukar penampilan peta anda pada Mac
Anda boleh menukar paparan peta dan memperibadikan seting lain, seperti label dan sama ada trafik ditunjukkan.
Nota: Bukan semua trafik, transit dan peta bandar terperinci tersedia di semua negara atau rantau. Lawatan Flyover tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri macOS.
Bertukar ke paparan peta yang berbeza
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Klik
berdekatan bahagian kanan atas peta.
Nota: Jika sebelum ini anda bertukar kepada peta Memandu, Transit atau Satelit,
,
, atau
kelihatan berbanding
.
Pilih satu daripada yang berikut:
Teroka: Menunjukkan peta standard. Anda boleh melihat butiran tambahan untuk ketinggian, jalan, pokok, bangunan, tanda tempat dan banyak lagi di bandar terpilih.
Memandu: Menunjukkan keadaan trafik dan meletakkan fokus pada jalan.
Transit: Menunjukkan perhentian bas, lapangan terbang, laluan transit dan stesen.
Satelit: Menunjukkan imej satelit. Pilih Trafik atau Label jika anda mahukan paparan hibrid antara paparan terokai dan satelit.
Anda juga boleh meneroka peta dengan paparan imersif.
Gunakan warna gelap
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Pilih Peta > Seting, kemudian klik Umum.
Nyahpilih “Sentiasa gunakan penampilan peta cerah”.
Seting ini mempengaruhi peta dalam app lain seperti Kenalan, Kalendar dan Foto. Untuk menggunakan warna gelap untuk keseluruhan skrin, lihat Gunakan penampilan cerah atau gelap.
Tunjukkan skala jarak
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Pilih Paparan > Tunjukkan Skala.
Lihat label atau trafik pada peta
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Lakukan sebarang yang berikut:
Buat label peta lebih besar: Untuk membesarkan label dalam sebarang paparan, pilih Peta > Seting, klik Umum, kemudian pilih Gunakan Label Besar.
Tunjukkan label dalam paparan satelit: Pilih Paparan > Satelit atau tekan Command-4, kemudian pilih Paparan > Tunjukkan Label.
Setkan bahasa pilihan anda untuk label peta: Untuk sentiasa menggunakan bahasa pilihan komputer anda bagi label peta, tidak kira bahasa negara atau rantau yang anda lihat, pilih Peta > Seting, klik Umum, kemudian pilih “Sentiasa Tunjukkan Label dalam [bahasa]”. Untuk memilih bahasa yang berbeza, lihat Tukar bahasa yang digunakan oleh Mac anda.
Lihat keadaan trafik: Pilih Paparan > Memandu, atau pilih Paparan > Satelit kemudian Paparan > Tunjukkan Trafik. Kuning menandakan kenderaan perlahan dan merah menandakan trafik berhenti-henti. Untuk melihat laporan, klik penanda pada peta. Penanda menunjukkan insiden seperti berikut:
Penutupan jalan
Kemalangan
Trafik
Pembaikan Jalan
Isyarat umum atau bahaya lain
Pemeriksaan kelajuan
Anda juga boleh melihat butiran jalan seperti lorong membelok, median, lintasan pejalan kaki dan banyak lagi—hanya zum masuk.
Zum, alihkan atau putarkan peta
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Lakukan sebarang yang berikut:
Zum masuk dan keluar: Klik
dan
di sebelah kanan peta.
Untuk menunjukkan skala peta semasa anda zum, pilih Paparan > Tunjukkan Skala. Skala kelihatan di sepanjang bahagian atas.
Gerak ke atas atau ke bawah, ke kiri atau ke kanan: Klik dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret peta. Pada trackpad, anda juga boleh meleret menggunakan dua jari.
Putar peta: Tekan dan tahan kompas semasa anda menyeretnya ke kiri dan ke kanan, atau ke atas dan ke bawah.
Jika anda memutarkan peta, anda boleh kembali ke orientasi menghala ke utara dengan mengklik kompas, atau menekan Shift-Command-Anak Panah Atas.
Anda juga boleh gunakan pintasan atau gerak isyarat untuk zum.