Laporkan isu dengan Peta pada Mac
Anda boleh melaporkan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap tentang lokasi, arah dan banyak lagi. Trafik dan isu lain mungkin kelihatan pada peta apabila disahkan.
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Pilih Peta > Laporkan Isu.
Klik
, kemudian pilih satu daripada berikut:
Laporkan Sesuatu yang Tiada
Laporkan Isu Jalan
Laporkan Isu Tempat
Ikuti arahan atas skrin untuk memberikan butiran.
Klik Hantar.
Anda boleh menyemak sebarang laporan yang anda hantar dalam tempoh 90 hari lalu. Klik ikon anda di bahagian kanan atas peta, kemudian klik Laporan.
Anda juga boleh melaporkan isu untuk lokasi daripada kad tempatnya. Klik lokasi pada peta, skrol ke bawah dalam kad tempat, klik Laporkan Isu, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda memiliki perniagaan (besar atau kecil), anda boleh menggunakan Apple Business untuk membantu pelanggan mencarinya dalam Peta Apple, Wallet, Siri dan banyak lagi.