Simpan lokasi kegemaran dalam Peta pada Mac
Anda boleh menambah lokasi ke kegemaran supaya anda boleh merujuknya kemudian dengan mudah.
Simpan lokasi
Dalam app Peta pada Mac anda, skrol dalam peta sehingga anda melihat lokasi yang anda mahu simpan.
Klik lokasi, kemudian klik Tambah ke Kegemaran di bahagian bawah kad tempat.
Dapatkan arah ke lokasi kegemaran
Dalam app Peta pada Mac anda, klik lokasi yang anda mahu dapatkan arah (dalam bar sisi di bawah Kegemaran).
Jika kegemaran anda tidak ditunjukkan, klik anak panah .
Jika lokasi semasa anda ditunjukkan, Peta menggunakannya sebagai lokasi permulaan anda, tetapi anda boleh masukkan lokasi berlainan. Anda juga boleh klik butang Tukar Arah untuk menukar lokasi bermula dan berakhir anda.
Namakan semula lokasi kegemaran
Jika anda menyimpan pin ke kegemaran, anda boleh menamakannya semula.
Dalam app Peta pada Mac anda, klik butang Info di sebelah lokasi (dalam bar sisi di bawah Kegemaran).
Jika kegemaran anda tidak ditunjukkan, klik anak panah .
Klik dalam medan Nama, padamkan nama sebelumnya, kemudian taipkan nama baharu.
Padam lokasi kegemaran
Dalam app Peta pada Mac anda, Control-klik lokasi (dalam bar sisi di bawah Kegemaran), kemudian pilih Keluarkan daripada Kegemaran.
Jadikan alamat rumah, tempat kerja atau sekolah anda sebagai lokasi kegemaran
Dalam app Peta pada Mac anda, klik butang Info di sebelah lokasi (dalam bar sisi di bawah Kegemaran).
Pilih Rumah saya, Tempat kerja saya, atau Sekolah saya, kemudian klik Kemas Kini.