Simpan arah atau lokasi dalam Peta pada Mac
Anda boleh simpan laluan dan lokasi supaya anda boleh merujuk kepadanya nanti.
Simpan arah
Dalam app Peta pada Mac anda, klik Arah (atau gunakan Touch Bar), kemudian masukkan lokasi bermula dan berakhir.
Pilih Edit > Tambah ke Kegemaran.
Simpan lokasi
Dalam app Peta pada Mac anda, skrol peta sehingga anda melihat pin yang menandakan lokasi yang anda mahu simpan.
Klik pin lokasi, kemudian klik butang Info (atau gunakan Touch Bar).
Jika lokasi tidak mempunyai pin, pilih Edit > Lepaskan Pin, kemudian klik butang Info .
Klik butang Kegemaran.
Anda mungkin perlu skrol ke bahagian bawah tetingkap untuk melihat pilihan ini.
Tunjukkan lokasi kegemaran pada peta
Dalam app Peta pada Mac anda, klik medan carian, kemudian klik Kegemaran.
Klik Kegemaran dalam bar sisi.
Untuk menunjukkan lokasi kegemaran pada peta, klik lokasi dalam bar sisi untuk melepaskan pin. Untuk mendapatkan arah ke lokasi itu, klik pin, klik butang Info , kemudian klik Arah dalam penjuru kiri atas pada tetingkap Info. Anda juga boleh gunakan Touch Bar untuk mendapatkan arah ke lokasi.
Padam lokasi kegemaran
Dalam app Peta pada Mac anda, klik medan carian, klik Kegemaran, kemudian klik Kegemaran dalam bar sisi.
Klik Edit, kemudian klik bersebelahan kegemaran yang anda ingin keluarkan.