Simpan arah atau lokasi
Anda boleh simpan laluan dan lokasi supaya anda boleh merujuk kepadanya nanti.
Simpan arah
Pastikan arah ditunjukkan dalam peta, kemudian pilih Edit > Tambah ke Kegemaran. Untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan arah, lihat Dapatkan dan hantar arah.
Simpan lokasi
Pada peta anda, pergi ke lokasi yang anda ingin simpan.
Klik pin lokasi, kemudian klik butang Info (atau gunakan Touch Bar).
Jika lokasi tidak mempunyai pin, pilih Edit > Lepaskan Pin, kemudian klik butang Info .
Klik butang Kegemaran.
Anda mungkin perlu skrol ke bahagian bawah tetingkap untuk melihat pilihan ini.
Tunjuk kegemaran pada peta
Klik medan carian, klik Kegemaran, kemudian klik Kegemaran dalam bar sisi.
Untuk menunjukkan lokasi kegemaran pada peta, klik ia. Peta melepaskan pin pada lokasi itu. Untuk mendapatkan arah ke lokasi itu, klik pin, klik butang Info , kemudian klik Arah dalam penjuru kiri atas pada tetingkap Info. Anda juga boleh gunakan Touch Bar untuk mendapatkan arah ke lokasi.
Padam kegemaran
Klik medan carian, klik Kegemaran, kemudian klik Kegemaran dalam bar sisi.
Klik Edit, kemudian klik bersebelahan kegemaran yang anda ingin keluarkan.