Zum, alih, putar atau condong
Anda boleh melaraskan peta seperti mana yang anda mahukan. Sebagai contoh, anda boleh condongkan peta untuk melaraskan sudut kamera bagi paparan 3D, atau anda boleh zum masuk untuk melihat butiran selanjutnya.
Zum masuk dan keluar: Klik butang zum ( dan ) di sudut bawah kanan peta.
Untuk menunjukkan skala peta semasa anda zum, pilih Lihat > Tunjukkan Skala. Skala muncul di penjuru kiri atas.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Zum masuk ke dalam peta.” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Gerak ke atas atau ke bawah, ke kiri atau ke kanan: Tekan dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret peta itu. Pada trackpad, anda juga boleh seret menggunakan dua jari.
Putar peta: Tekan dan tahan penuding pada kompas semasa anda menyeretnya ke kiri dan ke kanan, atau ke atas dan ke bawah.
Condongkan peta: Klik dan tahan butang 3D , kemudian seret ke atas dan ke bawah.
Kembali ke orientasi menghala ke utara: Klik di luar kompas, atau tekan Command-Anak Panah Atas.
Anda juga boleh gunakan pintasan atau gerak isyarat untuk zum.