Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cari hasil carian terbaru atau kosongkan sejarah anda dalam Peta pada Mac
Apabila anda klik dalam medan carian, Peta menunjukkan arah dan lokasi terbaru yang anda cari. Klik cadangan untuk melihatnya pada peta.
Cari semua carian terbaru atau kenalan
Dalam app Peta pada Mac anda, klik medan carian, klik Kegemaran, kemudian klik Terbaru atau Semua Kenalan.
Klik hasil dalam senarai untuk menunjukkannya dalam Peta.
Kenalan yang boleh dijumpai pada peta ditebalkan dalam senarai.
Kosongkan sejarah carian terbaru anda
Dalam app Peta pada Mac anda, klik medan carian, kemudian klik Kegemaran.
Klik Terbaru dalam bar sisi, kemudian klik Kosongkan Terbaru.