Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Hantar atau terima vCard dalam Mail pada Mac
Anda boleh menukar kad perniagaan elektronik, dipanggil vCard, dengan orang lain.
Hantar vCard
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Mulakan mesej baharu.
Daripada app Kenalan pada Mac anda, seret kad anda atau kad orang lain ke mesej anda dalam Mail.
vCard dilampirkan dalam format .vcf pada mesej anda.
Petua: Jika anda kerap menghantar vCard anda kepada orang, anda boleh memasukkan maklumat sebagai tandatangan.
Terima vCard
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Tunjukkan mesej dengan vCard dilampirkan.
Dwiklik vCard untuk menambahnya ke app Kenalan pada Mac anda.
Kenalan membuka dan memaparkan kad baharu.