Tukar seting Fon & Warna dalam Mail pada Mac
Gunakan seting Fon & Warna dalam Mail untuk menukar fon dan saiz fon untuk menulis dan melihat mesej dalam Mail dan untuk membezakan teks dipetik apabila membalas atau memajukan mesej.
Untuk menukar seting ini dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Seting, kemudian klik Fon & Warna.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Fon senarai mesej | Setkan fon dan saiz fon untuk melihat mesej senarai mesej. | ||||||||||
Fon mesej | Setkan fon dan saiz fon untuk menulis dan melihat mesej. Jika pengirim menggunakan fon tertentu untuk mesej, fon tersebut digunakan apabila melihat mesej. | ||||||||||
Fon lebar tetap | Setkan fon dan saiz fon untuk menulis dan melihat mesej yang dalam format teks biasa. Anda mesti memilih kotak semak “Gunakan fon lebar tetap untuk mesej teks biasa” untuk fon yang anda pilih bagi digunakan. | ||||||||||
Gunakan fon lebar tetap untuk mesej teks biasa | Gunakan fon lebar tetap yang telah anda pilih pada mesej dalam format teks biasa. Fon lebar tetap memaparkan setiap aksara dengan kelebaran yang sama da berguna apabila anda cuba untuk menjajarkan teks menggunakan ruang berbanding tab. | ||||||||||
Teks dipetik berwarna | Tunjukkan teks yang dipetik dalam keadaan berwarna. Untuk menukar warna yang digunakan, klik menu timbul warna untuk paras, kemudian pilih warna berlainan, atau pilih Lain untuk pilihan tambahan. Teks yang dipetik adalah sebahagian daripada mesej yang disertakan semasa anda membalas atau mengirim semula mesej. Ia biasanya diinden. |