Tukar keutamaan Fon & Warna dalam Mail pada Mac
Gunakan keutamaan Fon & Warna dalam Mail untuk menukar fon dan saiz fon untuk menulis dan melihat mesej dalam Mail dan untuk membezakan teks dipetik apabila membalas atau memajukan mesej.
Untuk menukar keutamaan ini dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Keutamaan, kemudian klik Fon & Warna.
Fon senarai mesej | Fon dan saiz fon untuk melihat senarai mesej dalam tataletak klasik sahaja (di mana senarai mesej berada di atas mesej). Klik Pilih untuk gunakan fon berlainan. |
Fon mesej | Fon dan saiz fon untuk menulis dan melihat mesej. Klik Pilih untuk gunakan fon berlainan. Jika pengirim menggunakan fon tertentu untuk mesej, fon tersebut digunakan apabila melihat mesej. |
Fon lebar tetap | Fon dan saiz fon untuk menulis dan melihat mesej teks biasa. Klik Pilih untuk gunakan fon berlainan. Anda mestilah memilih pilihan untuk menggunakan fon lebar tetap untuk mesej teks biasa bagi fon untuk digunakan. |
Gunakan fon lebar tetap untuk mesej teks biasa | Fon lebar tetap memaparkan setiap aksara dengan lebar yang sama. Fon ini berguna apabila anda cuba menyelaraskan teks menggunakan jarak dan bukannya tab. |
Teks dipetik berwarna | Tunjukkan teks yang dipetik dalam keadaan berwarna. Klik menu timbul warna untuk aras menggunakan warna berlainan. Teks yang dipetik adalah sebahagian daripada mesej yang disertakan semasa anda membalas atau mengirim semula mesej. Ia biasanya diinden. |
Jika penerima anda tidak mempunyai fon yang sama yang anda gunakan dalam mesej anda, fon yang serupa digantikan.