Alamatkan e-mel dalam Mail pada Mac
Anda boleh menghantar mesej kepada satu atau lebih orang, atau kepada alamat e-mel kumpulan dan tunjukkan atau sembunyikan alamat e-mel mereka. Jika anda mempunyai berbilang alamat e-mel, anda boleh memilih alamat untuk menghantar mesej anda dan juga alamat untuk menerima balasan.
Hantar kepada alamat e-mel individu
Dalam app Mail pada Mac anda, taipkan nama atau alamat e-mel dalam medan alamat (seperti Kepada atau Sk) mesej anda.
Semasa anda menaip, Mail menunjukkan alamat yang anda gunakan dalam Mail sebelum ini atau yang ia temui dalam app Kenalan. Jika anda disambungkan ke pelayan rangkaian—misalnya di kerja atau sekolah—ia juga menunjukkan alamat ditemui pada pelayan itu.
Anda juga boleh mengklik medan alamat, kemudian klik butang Tambah yang muncul. Klik kenalan dalam senarai, kemudian klik alamat e-mel.
Hantar kepada alamat e-mel kumpulan
Jika anda menggunakan kumpulan dalam app Kenalan—misalnya untuk kelab buku atau pasukan berbasikal —anda boleh menghantar mesej kepada kumpulan anda.
Dalam app Mail pada Mac anda, taipkan nama kumpulan dalam medan alamat (seperti Kepada atau Sk) mesej anda.
Jika anda melihat kenalan individu dan bukannya kumpulan, anda perlu menukar seting dalam keutamaan Mail. Pilih Mail > Keutamaan, Klik Mengarang, kemudian nyahpilih “Apabila menghantar ke kumpulan, tunjukkan semua alamat ahli.” Sekarang masukkan nama kumpulan lagi.
Jika anda memutuskan anda mahu menggunakan kenalan individu dan bukannya kumpulan—mungkin anda mahu mengabaikan beberapa orang—klik anak panah bersebelahan nama kumpulan, kemudian pilih Kembangkan Kumpulan.
Petua: Jika seseorang dalam kumpulan tersebut mempunyai berbilang alamat e-mel, anda boleh memilih alamat yang akan sentiasa digunakan apabila anda menghantar e-mel kepada kumpulan tersebut. Lihat Tukar alamat untuk kenalan dalam kumpulan.
Sembunyikan alamat e-mel menggunakan Skt
Anda boleh menghantar mesej supaya penerima tidak melihat alamat e-mel orang lain, untuk membantu melindungi privasi mereka.
Dalam app Mail pada Mac anda, taipkan alamat penerima anda dalam medan Skt (Salinan karbon tuli) dalam mesej anda. Anda boleh membiarkan medan Kepada kosong.
Kenalan yang menerima mesej anda melihat "Penerima yang tidak didedahkan" dalam medan Kepada.
Jika anda tidak dapat melihat medan Skt dalam mesej anda, klik butang Medan Pengepala dalam bar alat tetingkap mesej, kemudian pilih Medan Alamat Skt.
Setkan alamat e-mel Daripada anda
Jika anda menyediakan alias e-mel atau menggunakan beberapa akaun e-mel, anda boleh memilih alamat mana untuk digunakan apabila anda menghantar mesej anda.
Dalam app Mail pada Mac anda, gerakkan penuding di atas medan Daripada dalam mesej anda.
Klik menu timbul yang muncul, kemudian pilih alamat e-mel.
Jika anda mahu menggunakan alamat Daripada yang sama untuk semua mesej anda, pilih Mail > Keutamaan, klik Mengarang, klik menu timbul “Hantar mesej baru daripada”, kemudian pilih akaun e-mel. Atau pilih untuk menjadikan Mail memilih alamat yang terbaik secara automatik, berdasarkan alamat e-mel penerima pertama dalam mesej anda dan juga peti mel dan mesej yang dipilih semasa.
Setkan alamat e-mel Balas Kepada anda
Anda boleh menentukan alamat yang anda mahu menerima balasan untuk mesej anda.
Dalam app Mail pada Mac anda, klik butang Medan Pengepala dalam bar alat tetingkap mesej.
Pilih Medan Alamat Balas-Kepada, kemudian masukkan alamat yang anda mahu menerima balasan untuk mesej anda.
Anda boleh menyeret alamat di antara medan alamat dan mesej.
Sesetengah pelayan mel tidak akan menghantar mesej walaupun hanya satu alamat tidak betul. Cuba untuk keluarkan atau betulkan alamat yang tidak sah, kemudian hantar mesej lagi.
Anda boleh mengimport alamat e-mel daripada app e-mel lain ke dalam app Kenalan, untuk menjadikan alamat tersedia dalam Mail. Lihat Import kenalan.