akaun e-mel

Anda boleh menggunakan berbilang jenis akaun e-mel dalam Mail. Sesetengah jenis akaun yang paling banyak digunakan termasuk:

  • Akaun iCloud: Gunakan Mail pada Mac anda dan punyai akses segera kepada mesej anda dan peti mel pada komputer lain (dengan OS X 10.8 atau lebih baru) dan peranti (dengan iOS 5 atau lebih baru) di mana anda menggunakan iCloud Mail.

  • Akaun IMAP: Mesej disimpan pada pelayan mel sehingga anda memadamnya. Apabila akaun anda bersambung ke pelayan, ia disegerakkan supaya mesej pada Mac anda adalah sama seperti yang terdapat pada pelayan. Mesej boleh dicapai daripada komputer dan lokasi berlainan di mana anda menggunakan akaun itu.

  • Akaun Microsoft Exchange: Sama dengan akaun IMAP, mesej disimpan pada pelayan mel dan boleh dicapai daripada komputer dan lokasi berlainan di mana anda menggunakan akaun itu. Anda boleh menggunakan tanda dalam akaun Exchange dengan beberapa batasan.

    Untuk menyediakan akaun Exchange dalam Mail, pelayan Exchange mesti menyokong Perkhidmatan Web Exchange (EWS). Hubungi pentadbir pelayan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Akaun POP: Mesej disimpan pada pelayan mel dan dimuat turun ke Mac anda apabila anda mengakses akaun anda. Mesej akan kekal pada pelayan sehingga mereka dipadam dari pelayan.