![](https://help.apple.com/assets/5AA195BD094622847B7F3DA3/5AA195BE094622847B7F3DAA/ms_MY/a96f87b3b378a9ee1a48547f187a901c.png)
Keutamaan Touch ID
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, gunakan keutamaan Touch ID untuk mendayakan Mac anda untuk dibuka kunci menggunakan cap jari anda, tambah satu atau lebih cap jari ke akaun pengguna anda dan dayakan Touch ID untuk digunakan bagi membuat pembelian dengan Apple Pay dan daripada iTunes Store, App Store, atau iBooks Store.
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Touch ID.
Buka keutamaan Touch ID untuk saya
Tambah cap jari | Klik untuk menambah cap jari ke akaun pengguna semasa. Untuk menamakan semula cap jari, klik teks di bawah cap jari, kemudian masukkan nama baharu. Anda boleh menambah sehingga tiga cap jari untuk satu akaun pengguna (Mac anda boleh menyimpan sehingga lima cap jari). |
Buka kunci Mac anda | Pilih untuk mendayakan Mac anda untuk dibuka kunci dengan sebarang cap jari yang ditambah ke akaun pengguna semasa. |
Apple Pay | Pilih untuk mendayakan pengguna semasa meluluskan pembelian Apple Pay menggunakan Touch ID. |
iTunes & App Store | Pilih untuk mendayakan pembelian iTunes Store, App Store dan iBooks Store dengan Touch ID. |