Setkan protokol untuk perkongsian fail pada Mac
Anda boleh kongsi fail menggunakan protokol Sekat Mesej Pelayan (SMB).
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Perkongsian Fail, kemudian klik butang Info di sebelah kanan.
Klik Pilihan, kemudian pilih “Kongsi fail dan folder dengan menggunakan SMB”.
Jika anda berkongsi fail dengan pengguna Windows, pilih kotak semak Aktifkan untuk setiap pengguna yang akan berkongsi fail daripada komputer Windows. Anda mungkin perlu memasukkan kata laluan untuk akaun pengguna tersebut.
Klik Selesai.
Oleh kerana kata laluan bagi sesetengah pengguna Windows disimpan secara kurang selamat, anda digalakkan untuk menyahpilih kotak semak Aktifkan bersebelahan setiap akaun apabila ia tidak digunakan. Lakukan ini sebelum anda menyahaktifkan perkongsian fail pada Mac anda. Jika tidak, kata laluan masih aktif dan disimpan dalam keadaan yang kurang selamat.