Ubah seting dalam Keutamaan Sistem
Anda boleh melaras seting sistem untuk menyesuaikan Mac anda. Sebagai contoh, anda boleh menukar saiz dan lokasi Dock, pilih latar belakang desktop dan banyak lagi.
Untuk membuka Keutamaan Sistem, anda boleh klik ikon Keutamaan Sistem dalam Dock atau pilih menu Apple > Keutamaan Sistem.
Buka Sistem Keutamaan untuk saya
Terokai keutamaan
Pilihan disusun mengikut keutamaan. Sebagai contoh, pilihan yang mengawal bagaimana desktop kelihatan diletakkan di keutamaan Desktop & Penyelamat Skrin.
Keutamaan kelihatan sebagai grid ikon; ikon yang ditunjukkan mungkin berbeza bergantung kepada Mac anda dan app yang anda telah pasang. Klik ikon untuk membuka anak tetingkap keutamaan dan lihat pilihan.
Secara lalai, keutamaan disusun dalam baris mengikut kategori. Untuk melihatnya dalam susunan mengikut abjad, pilih Lihat > Mengatur Mengikut Abjad.
Setkan pilihan
Setiap anak tetingkap keutamaan mengandungi pilihan yang anda boleh setkan. Kebanyakan anak tetingkap mempunyai butang Bantuan untuk klik untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan tersebut.
Sesetengah anak tetingkap dikunci untuk melindungi Mac anda, ditentukan oleh ikon kunci tertutup di bahagian bawah anak tetingkap dan pilihan dimalapkan. Untuk membuka kunci anak tetingkap supaya anda boleh setkan pilihan, klik ikon kunci, kemudian masukkan kata laluan pentadbir untuk Mac anda.
Cari pilihan
Jika anda mahu menukar pilihan tetapi tidak tahu mana untuk mencarinya di Keutamaan Sistem, gunakan medan carian di bahagian atas tetingkap. Pilihan yang sepadan dengan teks carian anda disenaraikan dan anak tetingkap keutamaan di mana mereka berada akan diserlahkan.
Jika anda melihat lencana merah pada ikon Keutamaan Sistem dalam Dock, anda perlu mengambil satu atau lebih tindakan. Sebagai contoh, jika anda tidak menyediakan sepenuhnya iCloud, lencana muncul pada ikon dalam Dock, apabila anda klik ikon, keutamaan iCloud dipaparkan supaya anda boleh melengkapkan persediaan.
Untuk mengubah pilihan untuk app tertentu, seperti Mail atau Safari, buka app, klik nama app dalam bar menu, kemudian pilih Keutamaan