Jika anda tidak dapat mengalihkan atau menyalin fail atau folder pada Mac
Jika anda tidak boleh mengalih atau menyalin item, anda mungkin perlu menukar seting kebenarannya. Anda juga mungkin perlu menukar seting kebenaran untuk cakera, pelayan, atau folder di mana anda mahu mengalihkan item itu.
Pada Mac anda, pilih item, kemudian pilih Fail > Dapatkan Info, atau tekan Command–I.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Perkongsian & Kebenaran untuk mengembangkan bahagian.
Klik menu timbul bersebelahan nama pengguna anda untuk melihat seting kebenaran.
Jika anda tidak dilog masuk sebagai pentadbir, and mungkin perlu klik ikon kunci dan masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Ubah kebenaran kepada salah satu Baca & Tulis atau “Baca Sahaja.”
Jika anda perlu juga gunakannya, ubah kebenaran bagi lokasi di mana anda mahu letak item.
Jika anda tidak boleh mengubah kebenaran, hubungi pentadbir Mac anda atau pemilik fail atau folder.