Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika anda tidak dapat aktifkan FileVault
Jika anda tidak boleh mengaktifkan FileVault untuk cakera, beberapa maklumat pemformatan pada cakera mungkin perlu dibaiki. Cuba menggunakan Utiliti Cakera untuk baiki pemformatan.
Buka Utiliti Cakera.
Dalam senarai di sebelah kiri, klik cakera yang anda mahu baiki.
Klik Bantuan Kecemasan, kemudian klik Jalankan.
Utiliti Cakera memeriksa maklumat pemformatan cakera anda untuk sebarang ralat, kemudian membetulkannya jika ditemui. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Membaiki cakera.