Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika anda tidak boleh mengaktifkan FileVault pada Mac
Jika anda tidak boleh mengaktifkan FileVault untuk cakera, beberapa maklumat pemformatan pada cakera mungkin perlu dibaiki. Cuba menggunakan Utiliti Cakera untuk baiki pemformatan.
Buka app Utiliti Cakera pada Mac anda.
Dalam senarai di sebelah kiri, klik cakera yang anda mahu baiki.
Klik Bantuan Kecemasan, kemudian klik Jalankan.
Utiliti Cakera memeriksa maklumat pemformatan cakera anda untuk sebarang ralat, kemudian membetulkannya jika ditemui. Lihat Baiki cakera.