Klik kanan pada Mac
Pada Mac anda, klik kanan dipanggil klik sekunder atau Control-klik. Control-klik item (seperti desktop, ikon atau fail) menggunakan papan kekunci dan tetikus atau trackpad anda untuk membuka menu pintasan.
Control-klik pada Mac serupa dengan klik-kanan pada komputer Windows.
Control-klik item
Tekan dan tahan kekunci Control semasa anda mengklik item menggunakan tetikus atau trackpad anda.
Anda juga boleh menyediakan pilihan Control-klik tambahan untuk tetikus atau trackpad anda.
Sediakan tetikus anda untuk Control-klik item
Untuk Control-klik item hanya menggunakan tetikus, anda boleh menukar setingnya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Tetikus dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul “Klik sekunder” di sebelah kanan, kemudian pilih pilihan.
Anda boleh memilih untuk mengklik bahagian kanan atau kiri permukaan tetikus, mana-mana yang paling selesa buat anda.
Sediakan trackpad anda untuk Control-klik item
Untuk Control-klik item hanya menggunakan trackpad, anda boleh menukar setingnya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Trackpad dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul “Klik sekunder” di sebelah kanan, kemudian pilih pilihan.
Anda boleh memilih untuk Control-klik dengan mengklik menggunakan satu atau dua jari.