Urus bateri komputer mudah alih anda
Mac mudah alih anda mempunyai bateri supaya anda boleh menggunakannya apabila salur keluar elektrik tidak tersedia. Untuk mempelajari bagaimana untuk mengecas bateri dan mengekalkan hayat bateri, lihat topik di bawah. Untuk mengetahui jika bateri boleh diganti, rujuk dokumentasi yang disertakan bersama Mac anda.
Mengecas bateri anda dengan menyambungkan penyesuai kuasa ke Mac anda, kemudian memasangnya ke salur keluar elektrik.
Untuk maklumat lanjut, lihat Perihal penyesuai kuasa komputer mudah alih anda.
Semak status bateri anda. Menu Status Bateri di sebelah kanan bar menu menunjukkan kepada anda jumlah cas bateri anda yang ada dan sama ada ia sedang dicas.
Untuk maklumat lanjut, lihat Pantau bateri komputer mudah alih anda.
Jimatkan kuasa bateri anda dengan melaraskan seting dalam keutamaan Penjimat Tenaga.
Untuk maklumat lanjut, lihat Optimumkan seting tenaga untuk Mac mudah alih.
Jika anda mempunyai Mac mudah alih dengan bateri yang boleh dikeluarkan, anda sepatutnya menetukur bateri anda dengan kerap untuk mendapatkan prestasi yang terbaik.
Arahan untuk penentukuran bateri yang boleh dikeluarkan oleh pengguna dibekalkan dalam artikel Sokongan Apple OS X Mavericks: Menentukur bateri dalam Mac mudah alih.