Keutamaan tembok api
Gunakan anak tetingkap Tembok Api pada keutamaan Keselamatan & Privasi untuk mengaktifkan tembok api dalam macOS untuk mengelakkan sambungan yang tidak dikehendaki dari Internet atau rangkaian lain.
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Tembok Api.
Buka anak tetingkap FileVault untuk saya
Aktifkan Tembok Api | Jika tembok api dinyahaktifkan, klik Aktifkan Tembok Api untuk mengaktifkan perlindungan tembok api. |
Pilihan Tembok Api | Klik butang Pilihan Tembok Api untuk mengubah seting tembok api. |
Menyekat semua sambungan masuk | Dalam Pilihan Tembok Api, pilih untuk menghalang sambungan masuk ke perkhidmatan dan app tidak penting. Perkhidmatan asas Internet adalah satu set app yang membenarkan Mac anda mencari perkhidmatan yang disediakan oleh komputer lain pada rangkaian. Seting ini mencegah sambungan kepada semua perkhidmatan perkongsian lain. |
Tambah | Dalam Pilihan Tembok Api, untuk menambah app atau perkhidmatan, klik butang Tambah , pilih item dalam senarai, kemudian gunakan kekunci Anak Panah Atas dan Anak Panah Bawah untuk setkan had bagi app. |
Keluarkan | Dalam Pilihan Tembok Api, untuk mengeluarkan app, pilih ia dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan . |
Benarkan perisian terbina dalam untuk menerima sambungan masuk secara automatik | Dalam Pilihan Tembok Api, pilih untuk membenarkan app dan perkhidmatan terbina dalam yang ditandatangani oleh autoriti sijil yang sah ditambahkan kepada senarai app dibenarkan secara automatik, tanpa kebenaran anda. Sebagai contoh, iTunes ditandatangani oleh Apple, jadi ia dibenarkan secara automatik untuk menerima sambungan masuk melalui tembok api. |
Benarkan perisian ditandatangani yang dimuat turun untuk menerima sambungan masuk secara automatik | Dalam Pilihan Tembok Api, pilih untuk membenarkan app dan perkhidmatan dimuat turun yang ditandatangani oleh autoriti sijil yang sah ditambahkan kepada senarai app dibenarkan secara automatik, tanpa kebenaran anda. |
Dayakan mod selinap | Dalam Pilihan Tembok Api, pilih untuk menghalang Mac anda daripada bertindak balas untuk menyiasat permintaan yang boleh digunakan untuk mendedahkan kewujudannya. Mac masih menjawab permintaan daripada app dibenarkan, tetapi permintaan yang tidak dibenarkan seperti ICMP (ping) tidak mendapat respons. |
Kunci | Mengunci atau membuka kunci keutamaan Keselamatan & Privasi. Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir. |
Lanjutan | Klik untuk meningkatkan keselamatan pada Mac anda dengan melaraskan seting tertentu dalam Keutamaan Lanjutan. |
Perkhidmatan dikongsi tertentu boleh bersambung melalui tembok api apabila ia diaktifkan dalam keutamaan Perkongsian. Untuk keselamatan tambahan, anda boleh mencegah sambungan ke perkhidmatan masuk ini dengan menyahaktifkan perkhidmatan dalam keutamaan Perkongsian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkongsian, lihat Cara untuk berkongsi skrin anda, fail dan banyak lagi dengan pengguna lain pada rangkaian anda.