Gunakan mod selinap untuk mengalang orang lain daripada menemui Mac anda
Jika anda bimbang tentang keselamatan, anda boleh gunakan “mod selinap” untuk menyukarkan penggodam dan perisian hasad untuk menemui Mac anda. Apabila mod selinap diaktifkan, Mac anda tidak respons ke permintaan “ping” dan tidak menjawab percubaan sambungan dari rangkaian TCP atau UDP tertutup.
Untuk membuka anak tetingkap Tembok Api, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Tembok Api.
Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Klik Pilihan Tembok Api.
Jika butang Pilihan Tembok Api dinyahdayakan, mula-mula klik Aktifkan Tembok Api untuk aktifkan tembok api bagi Mac anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Mencegah sambungan yang tidak dikehendaki dengan menggunakan tembok api.
Pilih “Dayakan Mod Selinap.”