Jika anda mengalami masalah membakar cakera
Jika anda menghadapi masalah mencipta DVD atau CD anda sendiri, cuba cadangan ini.
Pastikan Mac anda mempunyai peralatan yang betul untuk merekodkan maklumat ke cakera. Semak bahagian Pembakaran Cakera dari Maklumat Sistem untuk mengetahui jenis cakera yang Mac anda dapat bakar.
Jika anda menggunakan app untuk mencipta cakera tersuai, semak bantuan app untuk maklumat dan arahan selanjutnya.
Semak ruang yang tersedia pada cakera untuk memastikan semua data anda akan muat. Untuk melihat ruang tersedia, pilih cakera, kemudian pilih Fail > Dapatkan Info. Anda mungkin perlu mengeluarkan sesetengah item atau mengubah saiz atau kualiti item untuk mengurangkan saiz fail.
Ruang pada cakera keras dalaman komputer anda digunakan semasa pembakaran cakera: 700 MB untuk membakar CD, 4 GB untuk membakar DVD dan 8 GB untuk membakar DVD dua lapisan. Untuk menyemak ruang tersedia, buka Utiliti Cakera, klik cakera anda (biasanya dinamakan Macintosh HD), kemudian klik Info.
Untuk bantuan selanjutnya, cari maklumat tentang pembakaran cakera pada tapak web Sokongan Apple.